qasehislam.
Tuesday, 31 May 2011
Engkau sumber CINTA ku~~~
Wahai diri...
Janganlah engkau bersangka tidak baik dengan apa yang telah Allah S.w.t tetapkan keatas dirimu kerana setiap sesuatu yang terjadi akan ada sesuatu yang baik yang tuhan selindung padamu.. hanya kerana DIA mahu menguji setakat mana dirimu benar-benar percaya dan yakin padaNya...
Dan...Tidak adil bagi kamu menyalahkan Allah SWT jika tidak memperolehi apa-apa yang diinginkan sedangkan engkau tidak memohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh....
MasyaAllah..layakkah aku sebagai hambaMu ini menyalahkanMU..bersangka-sangka denganMu.. Ya Allah, Ampunilah dosaku...keyakinanku tetap pada Mu...pasrahku bergantung padaMU...Engkaulah sumber kebahagiaan kami, Engkau yang menyembuhkan setiap luka dengan segenap cintaMu. Aku memohon kepada Mu, Ya Allah, sembuhkanlah hatiku dan sembuhkanlah juga siapapun memiliki luka dihatinya!
Dan Ya Allah..
...kurniakanlah hati kami yang sentiasa beristiqamah kepadaMu...
Aminn Ya Rabal Al Amin~~~
Jika Nur itu tiada~~~
Keperluan manusia pada cahaya hidayah, cahaya keimanan dan kebenaran adalah berjuta kali lebih amat diperlukan. Jika 'NUR' itu tiada.. gelap-gelitalah akan 'kerajaan' rohaniah dan batiniahnya...Biarpun sang mentari memancarkan sinarnya ke pelusuk bumi...biarpun cahaya lampu menyinari setiap penjuru rumah.. biarpun lampu jalanan membias indah....namun ia masih tersesat..masih terkandas dalam arus dosa kerana 'NUR' hatinya sudah terpadam.
~~~~:)~~~~
Wednesday, 25 May 2011
Carilah....!!
"CARILAH...Syafaat Rasulullah S.a.w di hari akhirat dengan membanyakkan bacaan selawat!"
"CARILAH....kejayaan di akhirat dengan membina kejayaan di dunia!"
"CARILAH....Jalan ke Syurga yang direntang diatas kepayahan dan derita!"
"CARILAH....Syurga Firdausi dengan menjadi mukmin sejati!"
"CARILAH....kemuliaan bukan kemasyhuran!"
"CARILAH....Hidayah Ilahi yang tersedia di dalam Al-Quran!"
"CARILAH....keseronokan didalam hidup yang tidakmendatangkan penyesalan kemudiannya!"
"CARILAH....Ketenangan hakiki yang terkandung dalam indahnya Zikrullah!"
"CARILAH....Hikmah yang tersembunyi disebalik siratan musibah!"
"CARILAH....Redha kedua ibu bapa kerana disitu terletak redha Ilahi!"
"CARILAH....Darjat tertinggi yang terdapat dalam agungnya Qiyamullail!"
"CARILAH....Keampunan Allah dengan memperbanyakkan Istighfar dan Taubat!"
"CARILAH....Kemanisan beribadah dengan memelihara mata dari dosa dan maksiat!"
"CARILAH....Sahabat seramainya walau seribu kerana seribu itu terlalu sedikit, hindarilah musuh walau seorang kerana seorang itu terlalu ramai!"
"CARILAH....Sahabat yang membantu bukan membuntu!"
"CARILAH....Kekayaan hakiki dengan kesyukuran yang terpenuh dihati!'
~~"CARILAH ALLAH SW.T DALAM IBADAH MU!"~~~~
~~~~ :D ~~~~
Baikilah hati kita~~~
"Hati yang paling Allah kasih adalah hati yang paling lembut untuk saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama" ~SAIDINA ALI
Subscribe to:
Posts (Atom)
