"CARILAH...Syafaat Rasulullah S.a.w di hari akhirat dengan membanyakkan bacaan selawat!"
"CARILAH....kejayaan di akhirat dengan membina kejayaan di dunia!"
"CARILAH....Jalan ke Syurga yang direntang diatas kepayahan dan derita!"
"CARILAH....Syurga Firdausi dengan menjadi mukmin sejati!"
"CARILAH....kemuliaan bukan kemasyhuran!"
"CARILAH....Hidayah Ilahi yang tersedia di dalam Al-Quran!"
"CARILAH....keseronokan didalam hidup yang tidakmendatangkan penyesalan kemudiannya!"
"CARILAH....Ketenangan hakiki yang terkandung dalam indahnya Zikrullah!"
"CARILAH....Hikmah yang tersembunyi disebalik siratan musibah!"
"CARILAH....Redha kedua ibu bapa kerana disitu terletak redha Ilahi!"
"CARILAH....Darjat tertinggi yang terdapat dalam agungnya Qiyamullail!"
"CARILAH....Keampunan Allah dengan memperbanyakkan Istighfar dan Taubat!"
"CARILAH....Kemanisan beribadah dengan memelihara mata dari dosa dan maksiat!"
"CARILAH....Sahabat seramainya walau seribu kerana seribu itu terlalu sedikit, hindarilah musuh walau seorang kerana seorang itu terlalu ramai!"
"CARILAH....Sahabat yang membantu bukan membuntu!"
"CARILAH....Kekayaan hakiki dengan kesyukuran yang terpenuh dihati!'
~~"CARILAH ALLAH SW.T DALAM IBADAH MU!"~~~~
~~~~ :D ~~~~
No comments:
Post a Comment