Sunday 21 August 2011

Doa malam lailatul Qadar~~


Ya Allah, 
Sesungguhnya Engkau maha pemaaf lagi maha mulia,
Engkau menyukai pemaafan,
kerana itu berilah maaf kepadaku,

(HR at-Tarmidzi & Ibn Majah)

Saturday 20 August 2011

Lailatul-Qadar...Menggapai Malamnya~~~

Segala puji  bagi Allah atas berbagai  nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, kepada keluarga Baginda dan para pengikut Baginda...

Lailatul Qadar...Menggapai Malamnya...



Sabda Rasulullah S.a.w:

"Barangsiapa beribadah pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap redha Allah S.w.t maka akan diampuni dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari dan Muslim)

dan..

Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Berdasarkan hadis diatas, semua pasti telah mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadar. Namun, bilakah terjadinya malam itu ? apakah tanda-tanda bagi malam itu? Semoga kita  dipermudahkan oleh Allah S.w.t untuk mendapatkan redhaNya menggapai malam yang keutamaannya lebih baik dari 1000 bulan.

Firman Allah S.w.t (Maksudnya):

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" (QS Al-Qadr 97:3).

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam tersebut merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.w.t. 

Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam yang  mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

Ertinya seharusnya kita menghidupkan malam tersebut dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar.

Ada dua definisi Lailatul Qadar iaitu malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.

Tuesday 16 August 2011

Kisah 5 perkara Aneh~~

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
 

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi;

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, 

pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. 


Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
 

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. 


Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
 
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. 


Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, 

"Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
 
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. 

Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata,

"Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
 

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...