Wednesday, 27 July 2011

Seindah mimpi~~~


Semalam sejarah yang tidak boleh dipinda,
Hari ini khayalan yang belum nyata, 
Esok adalah harapan yang pasti ada...

  qasehislam...

Tuesday, 26 July 2011

Ku merindui kasihMU~~~














Demi Allah Yang Maha Esa,
Sesungguhnya..Tiada jalan yang mudah menuju CINTAMU,
Menitisnya air mata,tatkala merasa RINDU,
Menitis air mata tatkala merasa jauh denganMu, Tetapi JANJIMU akan tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan...kerana
Aku yakin...
ALLAH menyatakan..
"wajiblah CINTAKU  
kepada orang yang berkasih sayang 
padaKU.."

 Assayid al-Bana

Terapi hati 18

 
Kebaikan itu terhimpun dalam 4 perkara: percakapan, diam, pandangan & gerak. Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia. Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka. Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai dan tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong. 
 
Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakkur. pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan dan daripada lisan serta tangan manusia mendapat kesejahteraan.



Monday, 25 July 2011

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan~~~


Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan...

Ramadan  menjelma lagi, musim ibadah  menjanjikan rahmat dan keberkatan. Tiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa.  

" Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya'aban dan sampaikan kami Ramadhan"
(HR at-Tabrani dan Ahmad) 

" Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang  yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa"


Selamat datang wahai Ramadhan yang dirindui. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna disinari nur mu..diri ini bersyukur kehadrat ilahi kerana masih berpeluang  melangkah sejauh ini untuk bertemu lagi denganmu wahai Ramadhan. Kali ini... pasti akan lakukan yang terbaik untuk merebut cinta dan nur mu wahai ramadhan..berusaha memenuhi kehendakmu, redha dan istiqamah dalam membuat sesuatu kepada mu...amin ya rabb al amin....

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan... wa marhaban bikum..


qasehislam...

Friday, 15 July 2011

dia adalah wanita~~~


"Apabila hati            terikat dengan 
Allah, kembalilah wanita dengan asal 
fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan  
menjadi  perhiasan kepada dunia, si gadis dengan 
sifat  sopan dan malu, anak yang taat kepadaibu 
bapa, isteri yang menyerahkan kasih 
sayang, kesetiaan dan 
ketaatan hanya pada 
suami.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...