Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan...
Ramadan menjelma lagi, musim ibadah
menjanjikan rahmat dan keberkatan. Tiap
detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti
oleh orang yang bertaqwa.
" Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya'aban dan sampaikan kami Ramadhan"
(HR at-Tabrani dan Ahmad)
" Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa"
Selamat datang wahai Ramadhan yang
dirindui. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna disinari nur mu..diri ini bersyukur kehadrat ilahi kerana masih berpeluang melangkah sejauh ini untuk bertemu
lagi denganmu wahai Ramadhan. Kali ini... pasti akan lakukan yang terbaik untuk merebut cinta dan nur mu wahai ramadhan..berusaha memenuhi kehendakmu, redha dan istiqamah dalam membuat sesuatu kepada mu...amin ya rabb al amin....
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan... wa marhaban bikum..
qasehislam...
No comments:
Post a Comment