Segala puji bagi Allah atas
berbagai nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, kepada keluarga Baginda dan para
pengikut Baginda....
Lailatul Qadar...Menggapai
Malamnya...
Sabda Rasulullah
S.a.w:
"Barangsiapa
beribadah pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap redha
Allah S.w.t maka akan diampuni dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari dan Muslim)
dan..
“Carilah lailatul
qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)
Berdasarkan hadis diatas, semua
pasti telah mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadar. Namun, bilakah
terjadinya malam itu ? apakah tanda-tanda bagi malam itu? Semoga kita
dipermudahkan oleh Allah S.w.t untuk mendapatkan redhaNya menggapai malam yang
keutamaannya lebih baik dari 1000 bulan.
Firman Allah S.w.t
(Maksudnya):
"Malam
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" (QS Al-Qadr 97:3).
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari,
kerana malam tersebut merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai
kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.w.t.
Malam Lailatul-Qadar adalah
sebaik-baik malam yang mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.
Ertinya seharusnya kita menghidupkan
malam tersebut dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah
pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar.
Ada dua definisi Lailatul Qadar
iaitu malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini
adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.