Segala puji bagi Allah atas
berbagai nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, kepada keluarga Baginda dan para
pengikut Baginda....
Lailatul Qadar...Menggapai
Malamnya...
Sabda Rasulullah
S.a.w:
"Barangsiapa
beribadah pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap redha
Allah S.w.t maka akan diampuni dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari dan Muslim)
dan..
“Carilah lailatul
qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)
Berdasarkan hadis diatas, semua
pasti telah mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadar. Namun, bilakah
terjadinya malam itu ? apakah tanda-tanda bagi malam itu? Semoga kita
dipermudahkan oleh Allah S.w.t untuk mendapatkan redhaNya menggapai malam yang
keutamaannya lebih baik dari 1000 bulan.
Firman Allah S.w.t
(Maksudnya):
"Malam
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" (QS Al-Qadr 97:3).
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari,
kerana malam tersebut merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai
kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.w.t.
Malam Lailatul-Qadar adalah
sebaik-baik malam yang mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.
Ertinya seharusnya kita menghidupkan
malam tersebut dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah
pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar.
Ada dua definisi Lailatul Qadar
iaitu malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini
adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.
Kedua, malam penentuan dari Allah
SWT kerana al-Quran yang diturunkan adalah penentu atau pemisah antara
kejahilan dan kebatilan. Ada berpendapat malam itu Allah akan menzahirkan
kepada malaikat akan ketentuan rezeki, ajal dan masa depan seseorang
hamba.
Sebagaimana Firman
Allah S.w.t (maksudnya)"
"Pada malam itu
dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami.
Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul" ( QS Ad-Dukhan : 4 &5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada
malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya.
Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa,
nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah
musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam
Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
Mereka yang benar-benar ikhlas dalam
ibadat puasa akan dapat menikmati ganjaran yang tidak mungkin dapat dicapai
sepanjang umurnya iaitu ibadat selama kira-kira 85 tahun. Bagi mereka yang
beriman akan sentiasa mencari dan bersedia menanti dengan penuh harapan.
Pada malam Lailatul Qadar juga,
penghulu malaikat iaitu Jibril akan turun bersama beribu-ribu malaikat. Jibril
tidak pernah turun kecuali pada malam istimewa ini.
Hal ini disebutkan di dalam al-Quran
dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada malam
tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang
beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada
mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali
empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturrahmi dan
individu yang sedang bermusuhan.
Malam istimewa ini sudah diceritakan
Baginda SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Aishah yang bermaksud:
“Tuntutilah malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir dari Ramadan.”
Pengarang Kitab Fathul Wahhab menyebut, jika awal puasa jatuh
hari Ahad atau Rabu, maka lailatul qadar pada malam 29. Jika puasa bermula hari
Isnin, maka lailatul qadar pada malam 27. Jika puasa hari Selasa atau Khamis,
maka ia jatuh pada malam 25. Jika puasa Jumaat maka ia jatuh pada malam 21.
Jika puasa pada hari Sabtu, maka lailatul qadar adalah pada malam 23.
Ulama bernama Abu Al-Hasan berkata:
“Setiap tahun dalam hidupku telah mendapati malam itu dengan menggunakan kaedah
ini. Namun, ia tetap menjadi rahsia Allah SWT supaya orang yang beriman akan
terus berusaha mendapatkannya
Sabda Nabi SAW:
“Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada malam lailatul qadar, maka
sesungguhnya dia sudah mencapai lailatul qadar dengan sempurna.” (Al-Hadis).
Justeru
itu, malam Lailatul -Qadar menjadi satu peluang dan ruang untuk kita.
Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat
sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.
Hiasilah malam-malam tersebut dengan alunan kitab suci serta
melakukan perkara yang diredhai Allah S.w.t ,beriktikaf di masjid,
berselawat, zikir, istighfar, qiamullail dan berdoa sebagai tanda ucapan
selamat datang kepada malam Lailatul-Qadar.
Mereka yang mendapat lailatul qadar
adalah mereka yang berpuasa dalam erti kata sebenarnya, memahami puasa bukan
hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi menahan diri dari segala
perkara yang menodai keimanan serta godaan nafsu keinginan yang tiada sempadan
Aisyah r.a. bertanya kepada
Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam
Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?
Rasulullah S.a.w
berdoa dengan doa:
"Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau maha pengampun, berilah keampunan untukku"
Ya Allah, Ampunilah dosaku,
berkatilah kehidupanku, dibukakan pintu2 syurga untuk ku dan ditutupi pintu2
neraka...aku berharap semoga tahun ini aku dapat sujud setenangnya menghadapmu,
mendapat redhaMU menggapai malam yang keutamaannya lebih baik dari 1000 bulan.
Amin ya Rabb Al-amin~~~
No comments:
Post a Comment