Suatu
hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis di buaian satu
sudut sebuah Taman Permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik Tua lalu bertanya kepadanya, “ Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu. ”
Lalu Pakcik Tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali! ”
Pemuda
itu tersentak lalu bertanya kepadanya, Kenapa berkata begitu.? Aku
sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa
andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali
mengtertawakan aku. ”
“ Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik Tua itu.
Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “ Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku? ”
“ Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik Tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment