Suatu ketika dahulu di negeri China ada seorang perempuan tua yang telah lama kehilangan suaminya. Anak lelaki tunggalnya pula menyertai angkatan tentera dan sedang berperang di medan pertempuran. Tinggal perempuan tua itu seorang diri. Pada suatu hari perempuan tua itu menerima sepucuk surat dari anaknya. Belum pun sempat dia bertanya kepada posmen tentang isi surat itu posmen itu telah berlalu.
Meskipun dia tahu membaca namun oleh kerana matanya yang rabun kerana usia tuanya menyebabkan dia tidak boleh membaca lagi. Tiba-tiba lalu seorang pemuda dihadapannya. Dia lantas meminta pemuda itu membacakan surat untuknya. Namun begitu sebaik sahaja pemuda itu membuka surat tersebut, pemuda itu terus menangis.
Perempuan tua yang mengesyaki sesuatu perkara buruk telah berlaku kepada anaknya. Pada ketika itu lalu seorang lagi lelaki yang pertengahan usianya. Lantas dia meminta lelaki itu membaca surat tersebut. Sebaik sahaja lelaki tersebut mengambil surat tersebut dia turut menangis. Ini menyebabkan perempuan tua itu bertambah kuat tangisannya.

Dalam pada itu tiba seorang lagi lelaki. Lelaki itu lantas bertanya mengapakah ketiga-tiga mereka menangis.
Perempuan tua itu memberitahu dia menangis kerana kedua-dua lelaki yang dimintanya untuk membaca surat daripada anaknya menangis. Dia mengesyaki bahawa perkara buruk telah berlaku kepada anaknya.
Lelaki pertama pula memberitahu dia menangis kerana berasa amat kesal memandangkan dia seorang yang buta huruf dan dia tidak dapat membacakan surat orang tua itu.
Lelaki kedua pula memberitahu dia menangis kerana dahulu dia pernah berniaga namun perniagaannya bankrap. Pada ketika itu dia tidak sempat untuk menangis tetapi apabila dia melihat perempuan tua dan lelaki itu menangis dia baru teringat kembali peristiwa itu lantas dia pun menangis...

Moral dari cerita ini ialah pertama, kita melihat manusia yang menangis kerana dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ini bererti seringkali kita bertindak secara membuta-tuli. Kita juga sebenarnya tidak memahami apa sebenarnya matlamat sesuatu perkara yang hendak kita buat. Biasanya kita hanya melakukannya atas arahan sahaja tetapi kita tidak merasai kesannya pada diri kita.
Kedua manusia yang menyesal sesudah sesuatu perkara itu terjadi. Ini adalah satu fenomena biasa sehinggakan ada peribahasa "sudah terantuk baru tergadah" atau "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Pokok perkaranya adalah setiap perbuatan yang kita lakukan itu pasti ada kesannya pada diri kita sendiri sama ada kesan itu baik mahupun sebaliknya.
qaseh islam..♥ |
Ketiga manusia yang sangat berpuas hati jika ada manusia yang sama nasib dengan dirinya. Ertinya dia tidak cuba untuk mendorong orang lain berbuat sesuatu yang lebih baik hatta untuk memperbaiki dirinya pun dia tidak mahu. Baginya ramai lagi orang yang senasib dengannya dan biarkan begitu.
No comments:
Post a Comment