Tuesday 7 June 2011

Tolong beritahu dia~~~

Tolong beritahu dia...
Dia ibarat kaca....
tersentuh terguris, 
dihantuk serpih, dihempap berkecai,
 
Jaga tutur kata... 
cakap tinggi nanti dibenci, 
terlalu rendah dipijak pula, 
cakap sombong mengundang lawan, 
 hati-hati meluah kata.... 
kerana pulut, santan binasa, 
kerana mulut, badan binasa, 
 
Jaga tingkah laku.. 
kerana ia harga diri, 
tidak perlu meluru ikutkan nafsu, 
sekali tersilap langkah, dihukum selamanya, 
menyesal yang tiada lagi faedah, 
bahkan mengundang padah,
 
Jaga pakaian... 
kerana ia cermin peribadi, 
biar dikenali bahawa dia ISLAM...bukan melayu...
simpankan secebis malu, 
kerana malu itu sebahagian dari iman"
 
 -Anonymous
 
~~~:D~~~ 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...