Ya Allah..
Aku sedar dan akur dengan kelemahan diri sendiri...
Aku belum cukup untuk digelar wanita solehah..
belum cukup untuk jadi wanita yang sempurna sehebat khadijah..
belum cukup sehebat Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara..
tak jua seteguh dan sekuat Sarah..
jauh sekali secantik Balqis..malah kasih jua tak setulus Zulaikha.
Tetapi ya Allah..
diri ini berusaha untuk memahami erti WANITA SOLEHAH..
jua tak putus berdoa pada-Mu..
semoga Engkau sentiasa memperhatikanku,
menyedarkan diri ini bila tersasar dari orbit Islam,
mengingatkan diri ini sekiranya tergelincir dari landasan Iman,
semoga diri ini sentiasa sedar dan insaf jika ihsanku mula tercemar dipalit kotor2 nafsu dan kesombongan..
apa yang ku inginkan
sentiasa mendambakan sedalam-dalam cintaku kepadaMu dan kepada kekasih-Mu
Ya..
aku sentiasa mengharap dan berdoa
agar menjadi seorang anak,
isteri dan wanita solehah, menjadi ibu mithali suatu kelak,
seterusnya menjadi umat Muhammad yang bertakwa..
dan yang paling utama
menjadi hamba-Mu yang kekal beriman
Aku...
masih mencari makna dan erti WANITA SOLEHAH
bersyukur kepada-Mu
kerana dijadikan seorang wanita
seindah hiasan dan jua
kerana dijadikan seorang wanita
seindah hiasan dan jua
kerana aku adalah hambaMu ya RAbb....
qaseh islam~~
No comments:
Post a Comment