ng yang berkuasa, orang-orang dunia, orang-orang hartawan dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan doktor atau bomoh. Selagi ada dalam fikirannya bahawa ada orang yang boleh membantunya maka segala usaha tertumpu kepada orang tersebut. Sehinggalah tiada orang lagi yang dapat membantunya maka barulah ia kembali menghadapkan wajahnya kepada Allah SWT dan memohon sambil merayu kepada-Nya. Sebab katanya usaha sangat penting kemudian barulah tawakkal kepada Allah itupun kalau masalah tak selesai. Selagi ia boleh menolong dirinya dan selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan meminta pertolongan Allah SWT…- dipetik dari kasih terapi hati
Dimanakah DIA di hatiku?
Wahai diri..dimanakah DIA dihati…..apakah DIA sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta memujuk hati yang lara ini? Apakah DIA menjadi tumpuan dalam diri ini? Apakah yang diri ini fikir, rasa, lakukan, laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? atau sebaliknya… sama seperti di atas?… Ya Allah..Adakah diri ini belum cukup betul-betul meletakkan hati hanya pada-Mu, belum cukup betul-betul menyayangi-Mu sepenuhnya..belum cukup untuk mendambakan sepenuhnya cinta hanya menyintai-Mu..Dimanakah cinta Agung itu selama ini....Seberapa banyak ruang dan masa yang ada dipergunakan untuk tunduk khusyuk kepada–Mu, seberapa banyak sepertiga malam diluangkan untuk menyepi diri bersama-Mu. Tambahan bila bertembung antara kehendak-Mu dengan kehendak ku..kehendak siapa didahulukan? … Terkadang diri ini terlalu ingin hanya ada DIA dihati tetapi selalu kalah dengan nafsu dan kehendak diri yang salah… memang diri ini lupa akan janji-janji Mu.. Terkadang diri ini niat melakukan sesuatu untuk menunjukkan diri ini sayang dan cinta kepada –Mu. Terkadang sangat mudah diri ini melafazkan dengan lidah mencintai-Mu, sangat menyayangi-Mu, tapi buktinya, secara perbuatannya adakah membenarkan apa yang telah dilafazkan?
Wahai diri… Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati, tiada dua atau tiga…Dihati inilah seharusnya titipkan dan semikan cinta hanya untuk-Nya… disinilah permulaan bersinarnya cinta kepada-Nya..maka barulah segala cinta yang lain bersemi. Tetapi jika sebaliknya diri ini cinta selain DIA..ketika itu tiadalah DIA dihati!
Kata-kata-Mu terngiang-ngiang di akal fikiranku, janji-Mu pada setiap hamba-Mu adalah sangat benar..
“Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.”
(QS Al-A’raf:156)
(QS Al-A’raf:156)
Astaghfirullah…Engkau cukup menyayangi hamba-Mu, Engkau melindungi hamba-Mu daripada terjatuhnya ke dalam paya-paya kejahatan, lumpur-lumpur jahiliah yang dalam lagi kotor, Dan sengsara, Engkau memberikan rezeki yang melimpah, kerberkahan dan keberkatan nikmat dan memberikan setiap hambaMu merasai manisnya nikmat islam sebenar. Betapa sayangnya Engkau kepada kami sehingga Engkau mengutuskan Rasulullah S.a.w menyampaikan setiap kata-kata kebenaran dari-Mu..menyelamatkan kami dari kemurkaanMu…
Sebagaimana Sabda Rasulullah S.a.w (maksudnya): Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai pulalah dia oleh kamu semua, maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)
MASYA ALLAH! kata-kata itu sangat menghantui diri ini… Betapa sayangnya DIA kepada makhlukNya..membuatkan hati ini menangis, mengalir air mata tanpa sedar.. Sesungguhnya Ya Allah..Aku ingin menjadi seorang yang betul-betul Engkau cintai!
Terlontar jauh pandangan, mengingati kisah-kisah Anbiya’ dan para sahabat..mendesak hati ini bertanya ..dimanakah DIA dihatiku?… masih belum cukup aku bermuhasabah diri sebelum ini..jawapan masih belum ditemui..DIA masih sipi-sipi di hati..terkadang tertanya sendirian..bagaimana sikapku terhadap perintah dan laranganNya, mampukah aku melawan hawa nafsu untuk patuh terhadap segala perintahNya yang wajib walaupun dihati gundah untuk melaksanakannya… sanggupkah aku meninggalkan segala larangan-Nya yang kelihatan indah untuk dilakukan? Hati ini terasa teramat dalam untuk menjawab..seolah berada dipersimpangan..terkadang sikapku, akalku berbeza dengan tutur kata…Aku teringat tentang kisah seorang sufi yang diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”
Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” bererti, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…
Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih diri ini yang hina dan berdosa ini. Di hati ini masih ada dua cinta … Antara cinta Allah dan cinta manusia. Kalau difikirkan, sungguh aneh dan pelik tuan kepada seorang hamba begitu sayang dan cinta kepada hambaNya, tetapi hambaNya masih berbelah bagi rasa sayang dan cinta pada tuannya. Bila disoalkan...adakah DIA dihati..? aku hanya mampu menjawab, “aku seorang hamba yang daif , hina lagi dina.. masih mencari cahaya cinta dari DIA..agar akan ada DIA di hati ku sentiasa . Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya sepenuh hati tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”
Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku masih belum tenang, resah gelisah.. akan diri ini terus mencari… Yakin bahawa DIA sebenarnya dekat.. pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah diri ini ingin mendekati DIA, seribu langkah DIA merapat kepada ku. Aku yakin bila tiba saatnya..akan ada DIA di hatiku Itulah keyakinan ku…InsyaAllah~
No comments:
Post a Comment