Indahnya..kerana Allah sentiasa di hati
Hamba Allah yang mempunyai ketajaman mata hati, tidak akan mudah tersinggung dengan kata-kata kasar orang lain, tidak akan mudah marah ketika orang menyindir dirinya, tidak akan mudah sakit hati ketika orang lain menghinanya, tidak akan mudah berdendam ketika dia dikhianati orang lain, tidak akan mudah marah-marah bila menemukan sesuatu yang tidak berkenan di hatinya, tidak akan mudah menyalahkan orang lain ketika sesuatu menimpa dirinya, tidak mudah mencari “kambing hitam” atas kesalahnnya sendiri, tidak mudah sakit hati bila di tinggalkan pergi oleh orang yang dicintai, tidak mudah melarikan diri apabila ujian datang menghampiri dan bermacam-macam 'TIDAK' lagi. Yang ada di hati dan lisannya adalah tetap pujian untukNya, Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah....Kerana ALLAH sentiasa di hati...:)~~~
No comments:
Post a Comment