Sunday, 8 May 2011
Selamat Hari Ibu~~~
Bila aku merasa dahaga,yang susukan aku..ibu
Bila perutku terasa lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila diriku keseorangan,yang sentiasa disampingku...ibu
Kata ibu perkataan yang pertama aku sebut...ibu
Bila aku bangun dari tidur, aku terus mencari..ibu
Bila aku menangis, orang pertama datang padaku..ibu
Bila aku ingin bermanja, aku dekati... ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... ibu
Bila aku sedih, yang boleh memujukku hanya..ibu
Bila aku nakal,yang memarahi aku..ibu
Bila aku merajuk,yang memujukku cuma..ibu
Bila aku melakukan kesalahan yang paling cepat marah..ibu
Bila aku takut, yang tenangkan aku..ibu
bila nak peluk seseorang, yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ...ibu
Bila aku sedih, aku mesti telefon... ibu
Bila aku seronok, orang pertama aku nak beritahu..ibu
Bila aku terasa bengang, aku selalu luahkan pada..ibu
Bila aku takut, aku selalu panggil.."Ibuuuuuuuu!"
Bila aku sakit, orang paling risau adalah..ibu
Bila aku nak exam,orang yang paling sibuk juga...ibu
Bila aku ada masalah,orang yang paling risau..ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini..ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku..ibu
Kalauku balik kampung,yang selalu bekalkan lauk pauk...ibu
Yang selalu kemaskan dan simpan barang-barang aku..ibu
Yang selalu berleter kat aku..ibu
Yang selalu nasihatkan aku..ibu
Bila nak kahwin,orang yang aku tunjuk dan rujuk..ibu
TAPI..kalau IBU sudah tiada..
IBUUUUUUU..RINDU IBU...RINDU SANGAT..
AKU SAYANG IBU
p/s: Ihsan dari seorang imam masjid yang Qaseh jumpa secara tak sengaja ketika belajar dahulu..ternampak helaian yang beliau buat untuk khutbah Jumaat dan terus tertarik dgn puisi yang tertulis diatasnya..tentang pengorbanan ibu..beliau memberi kepada Qaseh satu helai..inilah dia, untuk dikongsi bersama dalam meraikan hari ibu...sehingga kini puisi tersebut tetap tersemat di hati...menitis airmata teringat betapa banyaknye pengorbanan ibu.."terima kasih mama untuk segalanya"~~~~
"SELAMAT HARI IBU"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment