"Suatu hari Rasulullah S.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda S.a.w bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Sesiapa yang melihat pasti terliur ingin memakannya.
Baginda S.a.w menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah S.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum...
Biasanya Rasulullah S.a.w akanberkongsi memakannya bersama para sahabat, namun kali ini tidak..Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah S.a.w itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan
"Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.
" Begitulah akhlak Rasulullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa....
Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah S.a.w dan para sahabat baginda dengan menghadiah limau masam itu.
Malangnya niatnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah S.a.w.
Begitu mulianya akhlak Rasulullah S.a.w...layaklah baginda menjadi kekasih Allah S.w.t,
begitu luas kekuasaan Allah S.w.t pada kita dan kasih sayang Rasulullah s.a.w terhadap kita, cuma terkadang kita yang leka terhadap semua itu,
Maha Suci Allah Tuhan Yang Mentadbir sekalian alam~~~
No comments:
Post a Comment